Sunday, June 16, 2013

Get Easy wif Baby Cloth Diapers...

Sejak anak2 beby lebih kurang umur 3 bulan lagi aku dah gunakan cloth diapers ni. Brand yg aku gunakan adalah QQ Baby & Coolababy. Mommy semua mesti tau pekdah penggunaan cloth diapers ni kan. 

Menggunakan cloth diapers ini dapatla mommies menjimatkan duit dari consistently every month beli diapers pakai buang & sgt convenience. Memang jimat banyak, especially utk sesiape yg beranak kecik ramai. Ia juga thn lama boleh diwarisi, coz sekarang adik Syahmi plak yang pakai cloth diapers abgnye.

Cloth Diaper Sponge Bob

Blue color Coolababy



Tp mommies kena rajin la. Setakat ni takde masalah lecehla..sbb mama jem ni rajin la juga kan..sekarang pakai mesin basuh. bukan macam dulu2 basuh kain kat sungai je. It's really easy. Lagi satu senang nk potty train anak2 utk buka diapers. My eldest son manage utk free diapers waktu umur 2 tahun 5 bulan. 

Okla bab2 potty train anak2 ni aku cerite in the next post ok. Ape kaitan dgn cloth diapers, then contoh seluar potty yg sesuai bila nak train ur babies...mommies semua mesti suka bila anak2 da tak pakai langsung diapers kan, jimat duit sgt...bole cover beli bedak compact mahai2 ckit. 

Bila hari cuti inilah die keje momma ok, basuh cloth diapers.

Pros & Cons

Jom tgk ape die benefitnya:

1. Save money & more money
2. Eco friendly
3. Tahan lama/boleh diwarisi sampai cucu cicit
4. Easy to potty train babies - mengurangkn kebergantungan kepada diapers
5. Fits to newborn - toddlers size
6. Kurangkan diaper rash sbb materialnya dari cloth
7. Sampah jadi tak banyak kat rumah...sebab eco frenly kan..

Then, limitations die plak:

1. Mommies kene rajin basuh, mcm aku beli cloth diapers banyak2 bout 30s in my collection, then 3-4 hari sekali baru basuh. kadang2 drag sampai 5 hari baru basuh. (oh malasnya momma)
2. Baby pnya poo kene buang dulu dlm toilet, baru bole basuh cloth diapers
3. Often leaks means bila baby da agak besar especially mencecah umur 2 tahun. 

Colorful cloth diapers yang selesai dilipat


So, what do u think mommies...byk pros lg dari cons kan?
Tapi, aku paling suka yg part jimat tu..

    Hihi..see u all next post.

Wednesday, June 12, 2013

Potty Train ur Babies...

Assalamualaikum W.B.T.

Dalam post kali ni, let us talk about early potty train. Mommies kena bersedia dalam beberapa minggu kadang2 drag sampai  sebulan and be prepared dengan beberapa perkara yang berikut:

Persedian momies (tips ini daripada my mom = mak tok Ahmad Syauqi), kalau google mana2 takkan jumpa pnya la

* Buang/simpan semua karpet atau tikar di rumah, supaya senang dan tidak penat membasuh, means rumah clear tanpa sebarang pelapik.

* Seluar utk potty train yang fancy2 ok.

* Dalam proses potty train pastikan 2 jam sekali bertanya pada anak samada nak buang air atau tidak

* Sediakan tilam yang nipis dan tak lawa untuk anak2 tidur, kalau die membuang atas tilam tu pon mommies tak naik hot, sebeb tilam buruk aje. Abih2 die pandai da poo sendiri, buang aje tilam tu.

* Kalau nak lagi cepat menjadi mommies yg bekerja kene minta cuti at least 2 weeks utk menjayakan misi ni. In my case, aku ade pakar terbaik utk Ahmad Syauqi, so, the rest action tu cuma continue je apa yg mak tok Syauqi buat..


Ini contoh seluar untuk belajar potty ye mommies. Boleh dapatkan di sini http://susuibu.com/v2/ @ walk in di Kompleks Bukit Jambul, nama kedai susu ibu tingkat 4.

How the process begin

Mula-mula memang susah sebab our toddlers akan buang merata2, tak percaya cuba dulu, e.g. mereka akn buang dicelah2 pintu atau dimana2 saja coz tak biase lagi. But, we slowly notice the change in 2 weeks, they know how adjust themselves.Dalam kes saya, lebih kurang 3 minggu utk die adapt tanpa diapers. Review yg mak tok die bagi timing yg sgt lama. hihi. Tp surprisingly, in 1 month ahmad Syauqi berjaya without any diapers and masuk bulan ke 2 dan ke 3 no diapers at all. Sebenarnya,  mak tok Ahmad Syauqi la trainer terbaik.

Utk waktu malam pula mula2 pakai diaper dulu, selepas 2 minggu slowly buka diapers. Kalu pakai cloth diapers lg senang nak buka, sbb seluar utk potty train tu ala2 mcm cloth diaper juga.

Try dulu insyaAllah berkesan.

Tuesday, June 11, 2013

Review : My Dietary Supplement...do u have any?

Assalamualaikum WBT.

Aku nak kongsikan beberapa review supplement yang pernah di 'consume'. So, u guys can take a look on consideration which one is the best and suit u or not. Antaranya, yang paling latest aku tgh try adalah:

POMEGRANATE FULL SPECTRUM NATURCARE (Tupperware Brands)

Price RM89
Yang menarik pasal capsul delima ini adalah 1 softgel bersamaan dgn 10 biji buah delima segar. wow..uols tau kan buah delima sangatla mahai..jadi kalu sebijik lebey kurang RM5, 10 biji bersamaan RM50..maknanya kalu makan dalam bentuk capsul sangatla bernilai utk wang anda...jadi murah sagat..tapi taklah rase feel kan macam makan buah yg real yg sedap, manis2 delima tu. Tapi kalau kita comparekan khasiatnya mmg tidak boleh dinilai kan?

Lagi 1 tagline die tu yang menarik Age-Less ok..yang ni wanita2 mmg suka ok. Anything with aging, ageless, stop age, modify age...pakat pulun semua nak makan. Tapi takpe kalu sesuai dan serasi produk tu dgn anda takde masalah. Harga boleh tahan RM89, tapi kalau nak murah banyak jom daftar ahli tupperware sekarang. Pm saya sekarang.




VITAMIN C SUSTAINED RELEASE (Shaklee)

Jgn lupa yg sustained release tu.
Ini lagi satu vitamin wajib for my beauty ritual and health maintenance. Brand shaklee adalah yang terbaik compared to others sebab Shaklee ade 180 tablets which supplied us for 6 months intake. lama kan, jadi kalau beli 2 botol je, enough for 1 year intake. 1 tablet 1 hari dan dos lebih kurang 992mg, which is claimed is the best dos to consume vit c perdaily intake ok. Jangan overdose tau. Pengambilan vit C tidak boleh lebih dari 1000mg sehari, nanti akan mendatangkan kesan buruk pulak pada badan kita, ok yang tu cerita bab lain plak.

lagi 1 tip memilih vit C adelah uols make sure vit C tu tertulis sustained release or slow release, dsbnya coz vit C bersifat mudah larut. so, yang jenis ni akan slow remove in ur body and well absorb inside our body berbanding yg chewable atau yg lain2. Shaklee vit c price is quite cheaper compared to others RM85 bile time promotion price. Setakat ni vit C Shaklee lama dah out of stok, mungkin permintaan terlalu tinggi dek promosi di fb ataupon dek strategi nak naik harge la tu..


HERBALIFE

Herbalife ni rasenya semua orang tau, tak payah nak review panjang2, sekali sekala bila rase rindu pada badan yang kurus dan perut yang kempis tu, aku akan makan herbalife, its truly ur personalised weight management programme, very ideal utk sesiapa nak gemuk, nak kurus, nak sihat, nak tough mcm body builder, nak shape up dsbnya, it varies according to individual needs. In my case, aku nak shape up dan sustain energy. Jadi sekali sekala aku akan consume herbalife dalam 2 week and 1 month extend. tapi between the time consuming mmg jaga makan la.after 7 no more eating heavily. nasik2, carbo2 tu semua kureng ok. Segala aktiviti mkn bersma kawan2 juga kureng ok. 

Formula 1 (Shake), Protein & Herbal tea


HERBALIFE Herbal Aloe Drinks    

Yang ni 1 lagi terbaik. Feedback from my colleagues as well tidak mengecewakan ok not bad, same goes to me. For me, its really improve my digestive system. Aku mempunyai 1 masalah yang tidak selesai iaitu masalah penghadaman yang sekaligus menyebabkan kebergantungan kpd produk laxative, pembuangan toksin dan sebagainya. but, since I consume this, syukur pada Allah no more any laxative. Alhamdulillah. kalau xpercaya cuba try. Taste die agak2 masam, masam2 aloe vera, bole campur dgn jus sama.


Price quite mahal tapi tahan lama. 1 of my beauty drinks as well

Hakikatnya, supplemen terbaik untuk kita adalah pemakanan seimbang yg cukup vitamin, mineral, fiber dsbgnya, senaman yg konsisten, rehat yg cukup dan sbgnya, supplemen ni as a tool utk membantu kita top up mana yg kurang, kalau tak consume pon takde masalah kalau kita mmg peka dgn kaedah amalan gaya pemakanan sihat sejahtera. 



"So what is supplement? Something added to complete a thing, make up for a deficiency, or extend or strengthen the whole & also addition designed to complete, make up for a deficiency, etc."


                                                                                                      TAPI 
                  Dalam byk2 supplemen ----------------> MADU tualang lah yg terbaik dan paling tawaduk, OK....huhuhuhu

Yang aku pegang tu hargenya nk dekat RM300. kalu mampu sila beli tau..berbaloi2, takde tamat tempoh, makanan sunnah lagi menyihatkan dan dapat pahala.

                                                                                                                                                


Wednesday, June 5, 2013

INSIGHTFUL INFO mengenai MADU TUALANG AGROMAS FAMA



Madu tualang merupakan sejenis madu yang diperolehi daripada lebah liar yang mendirikan sarang di hutan. Kebiasaannya lebah hutan liar ini akan mendirikan sarangnya pada pokok tualang ataupun nama saintifiknya Koompassia excelsa yang berketinggian sehingga kira-kira 12 tingkat bangunan! Tujuan lebah ini mendirikan sarangnya di pokok tualang adalah bagi mengelakkan sarangnya diceroboh oleh haiwan liar lain.

Lebah liar ini kebiasannnya akan membina sarangnya pada bulan oktober dan sarang lebah itu akan matang dan mempunyai madu yang banyak pada bulan december. Ketika inilah proses pengambilan madu dilakukan. Pemungut madu akan merentasi hutan tebal untuk sampai ke tengah hutan yang mengandungi pokok tualang. Ketika musim memungut itu terdapat banyak sarang lebah pada sesebuah pokok tualang sehingga mencecah 100 sarang.Keunikkan madu tualang berbanding dengan madu yang di dapatkan daripada lebah yang dipelihara adalah pada kualiti madu yang dihasilkan.

Apakah perbezaan madu yang dihasilkan oleh lebah tualang ini berbanding lebah ternak? Pertama sekali lebah tualang ini mendapatkan nektar atau sumber madu daripada bunga-bungan hutan pelbagai jenis yang mempunyai 1001 khasiat. Berbeza dengan lebah pelihara yang mendapatkan sumber madu daripada flora yang ditanam dan mungkin tercemar, lebah madu tualang ini mendapatkan sumber madu dari bunga-bunga hutan yang tumbuh meliar secara semulajadi dan tidak tercemar oleh racun.

Kualiti madu yang dihasilkan adalah bergred tinggi dan bercampur dengan pollen dan propolis yang mempunyai khasiat yang baik untuk manusia. Madu tualang juga mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding dengan madu lebah ternak. Ini menjadikan madu tualang sebagai madu terbaik berbanding madu dari lebah yang dipelihara.

Jadi, boleh dapatkan MADU TUALANG ini dengan saya:
1/2 kg dengan harga RM80
@ boleh PM saya di FB (sesiapa yang menghubungi saya di FB harga istimewa akan diberikan).

EXPERIENCING the greatness of MADU TUALANG

Botol madu tualang yang saya pegang tu mencecah RM300

Saya sudah mengamalkan madu tualang ini lebih kurang 2 tahun, sejak saya mengandungkan anak sulung, ia amat baik utk ibu-ibu yg mengandung dan sangat bagus untuk ibu selepas melahirkan anak terutamanya dalam tempoh berpantang.

Ada beberapa jenis madu di pasaran yang pernah saya cuba, tapi komen saya secara peribadi, madu tualang ini adalah terbaik kerana kebaikan khasiatnya, sifatnya semulajadi, bkn madu bela dan of course rasanya yg sedap dan agak strong. bila saya beri sedikit pada anak sulung saya yg berusia 2 tahun lebih, die akan cakap "MAMA, PEDAS', maknanya keaslian madu tu agak strong. Tapi, still die akan insist lagi nak kalau nampak botol madu.


Antaranya:

  • Ianya mampu membersihkan segala kekotoran yang ada dalam darah
  • Ianya mampu menyerap lembapan dalam badan
  • Memberi tenaga dalam darah
  • Membersihkan perut
  • Membuang angin
  • Membaiki sel-sel yang rosak
  • Memelihara dalaman wanita
  • Memelihara kesihatan lelaki

Ia juga dapat menjaga sistem dalaman badan manusia dengan:

  • Memanaskan badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengimbangkan diet badan
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan dan daya ingatan serta hafalan anak-anak
  • Melawaskan usus 

 Untuk dapatkan MADU TUALANG ini, sila hubungi saya di fb  @ sms 019-6930337


Flow Chart untuk pemprosesan madu lebah tualang, di Kuala Nerang, Kedah

View depan kedai HOUSE OF HONEY

Ahmad Syauqi mmg suka dgn madu ni..