Thursday, July 18, 2013

Ikan Siakap Masak Masam Manis tak boleh blah



Bahan-bahan A:
1 ekor ikan siakap
120 gram tepung goreng serbaguna/guna tepung jagung pon boleh
1 biji telur ayam
Minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan 
3 helai daun limau purut
1 sudu sos tiram
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun pandan, daun limau purut dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos, cili sos dan sos tiram, kacau sehingga mendidih. 

5.Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
 

 Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, green pepper, nanas dan timun, belasah jela mana ada.


Tumis bahan-bahan kisar
Bubuh la segala sos2 tu
Sementara tu tepungkan ikan
Goreng ikan dan kalih depan belakang
Siap dihidang dan dimakan dengan sopan ok.

Wednesday, July 17, 2013

PUDING MALAS



Jom kita buat puding yang simple dan senang, namanya pon puding malas, sesuai utk momma2 atau sesiapa yang malas2 coz very easy recipe dan very instant.

Bahan-bahan:
-1 tin susu cair
-1 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu kecik esen vanila
-4 keping roti gardenia
-1 biji telur
-1 sudu besar butter
-5 cawan air
-1 paket agar2 tali (20g)
-pewarna (merah/hijau)

Cara masak:
- masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur
- blend roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & butter
- campurkan bahan yg diblend dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dalam 3 minit, tutup api.
- bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau, 1 bekas biarkan tanpa pewarna
- masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3 segi) dan taburkan cincau
- sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
- akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
- sejukkan dalam peti. 


Lapisan pertama
Lapisan terakhir
Yummylicious....sedap dimakan ketika sejuk

Sunday, July 14, 2013

Ayam Pat Pet



Bahan-bahan:

Bahan A (Blend)

  10 biji cili padi
  4 hiris halia
Kunyit hidup
  3 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
Ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara:


 1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.