Sunday, December 1, 2013

Shaklee Disember 2013 : OMEGAGUARD Promotion

Cerita OMEGAGUARD SHAKLEE

Dapatkan promo Omegaguard pada Disember ini dengan tawaran istimewa, saya juga akan beri MYSTERY GIFT untuk sesiapa yang membuat pembelian RM400++ melalui ID saya...jangan segan-segan nak PM saya ok...Jom kita kongsi kebaikan Omega bersama-sama keluarga dan anak-anak.

OMEGAGUARD SHAKLEE -----------> Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


Fungsi EPA
Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi 


Tugas DHA

Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee? 

Melindungi Jantung Anda

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.


Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
 

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
 

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Sumber : Shaklee Malaysia


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 

 

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee 

 

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan  
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik   
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi  
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia  
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan  
- Membantu memperbaiki masalah autism  
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia  
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

 

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil 
 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
                                                               Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Monday, November 11, 2013

Shaklee November 2013 : VIVIX Promotion


Inilah dia VIVIX yang power tu...


Sempena promo sweet November kali ni, Shaklee menawarkan:
Dengan pembelian 6 botol VIVIX anda dapat percuma lagi 1 botol VIVIX,
Percuma pendaftaran ahli bernilai RM75,
Percuma postage,
Cash rebate RM241
Tengok penjimatan hampir RM800...
Kalau nak beli 1 botol VIVIX je pun boleh, boleh jimat RM150, memang superb la promo kali ni.
 
APA ITU VIVIX™?
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee. Secara ringkasnya, Vivix™ bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Kenapa DNA? Kerana hampir setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas.

 
APA KANDUNGAN VIVIX™?
1.Muscadine Grape -Mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria 2.Purple Carrot - Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung
 3.Elderberry (Sambucus Niagra) - Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung,mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman
 4.Polygonum Cuspidatum - Melambatkan proses penuaan,merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah , mengurangkan berat badan 

Ini dia bahan yang dibubuh dalam VIVIX, katanya sapa nak beli Muscadine grape ni ade di JUSCO berharga mencecah rm100 1kg...
 
APA MANFAAT VIVIX

 
TONIK PENUAAN

Dengan pengambilan sesudu Vivix setiap hari, ia dapat mengembalikan keremajaan kulit 25 tahun muda dari usia sebenar tau, kalau tak percaya bole cuba dulu...ish..ish..dasyatnya 

SIAPA YANG MEMERLUKAN VIVIX?

1. Pesakit Diabetes
2. Arthiritis
3. Pesakit Gout
4. Pesakit Cancer yang menjalani kimoterapi
5. orang yang rabun mata-perlukan antioksidan yang tinggi
6. Ibu bapa yang sibuk menguruskan anak-anak
7. Golongan yang mementingkan kesihatan badan
8. Atlit dan golongan yang aktif bersukan
9. Wanita yang mahukan anti-penuaan


TESTIMONI VIVIX



VIVIX in the news
  Sesiapa yang berminat nak dapatkan supplement untuk badan yang sihat dan cantik boleh hubungi saya :



Sms/whatsapps : 019-6930337



email: justnicejem@gmail.com
fb: jamilahhassanbasri

Thursday, July 18, 2013

Ikan Siakap Masak Masam Manis tak boleh blah



Bahan-bahan A:
1 ekor ikan siakap
120 gram tepung goreng serbaguna/guna tepung jagung pon boleh
1 biji telur ayam
Minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan 
3 helai daun limau purut
1 sudu sos tiram
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun pandan, daun limau purut dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos, cili sos dan sos tiram, kacau sehingga mendidih. 

5.Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
 

 Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, green pepper, nanas dan timun, belasah jela mana ada.


Tumis bahan-bahan kisar
Bubuh la segala sos2 tu
Sementara tu tepungkan ikan
Goreng ikan dan kalih depan belakang
Siap dihidang dan dimakan dengan sopan ok.

Wednesday, July 17, 2013

PUDING MALAS



Jom kita buat puding yang simple dan senang, namanya pon puding malas, sesuai utk momma2 atau sesiapa yang malas2 coz very easy recipe dan very instant.

Bahan-bahan:
-1 tin susu cair
-1 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu kecik esen vanila
-4 keping roti gardenia
-1 biji telur
-1 sudu besar butter
-5 cawan air
-1 paket agar2 tali (20g)
-pewarna (merah/hijau)

Cara masak:
- masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur
- blend roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & butter
- campurkan bahan yg diblend dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dalam 3 minit, tutup api.
- bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau, 1 bekas biarkan tanpa pewarna
- masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3 segi) dan taburkan cincau
- sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
- akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
- sejukkan dalam peti. 


Lapisan pertama
Lapisan terakhir
Yummylicious....sedap dimakan ketika sejuk