Sunday, July 14, 2013

Roti Keju Berlapis Daging



Bahan2 nya:
utk Inti:

300gm daging cincang @ 4 kpg daging burger (dihancurkan) 

2 ulas bwg putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar daun pasley-boleh guna yang kering atau segar
Sedikit air

Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis


Untuk Roti
12 keping roti
3 biji telur
200ml susu fresh
8 kpg slice cheese
Cheddar cheese diparut
* sayur2 ikut suka



Cara2:
Utk inti
Panaskan minyak, tumis bawang putih masukkan bawang besar dan daging, daun pasley dan lada hitam... goreng hingga daging empuk.

Untuk Roti lapis
-Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter atau mentega
-Bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
-Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dalam bekas. Buat sehingga penuh bekas utk tingkat yang pertama.
-Tuang kan separuh dari inti tadi keatas roti dan ratakan. Kemudian susun slice cheese keatas daging.
-Tutup dengan lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama tadi.
-Ulang proses yg sama... Lastly tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali.
-Jika ada lebihan telur just siram diatas roti
-Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 minit ( sehingga masak)
-Keluarkan dari oven sedia utk dihidang.
 

Lapis pertama
Bubuh keju di atas daging
Lebihan susu dan telur disiram atas roti untuk lapisan yang terakhir

Sepatutnya cheddar cheese yang diparut, tapi momma dok kalut2 shopping kat Tesco, terlupa plak cheddar ni..so bantai jela slice cheese yang tu gak...
Inilah rupanya bila siap dibakar, tak berapa nak cun sangat
Siap dihidang, bole makan dengan sos untuk tambah kesedapannya

Wednesday, July 3, 2013

Kerjaya Idaman...

I used to work and experienced a few jobs before and after graduated. So, let take a look at d' glance what types of jobs are suit me after all.

1999-Kilang (Western Digital)
Menjadi minah kilang adelah option pertama slps tamat SPM, pendek kata..pilihan yg paling famous la selepas tamat SPM. Good experience utk tau jerih perih org yg bekerja di sektor ni. 12 hours non stop working..

2000-Crew McD
Sangatla best sbb bole mkn 1 meal percuma stiap hari, penangan sebab pernah jadi part-timer McD ni adela back to a few years la jugak aku xlalu mkn McD ni. At the End, Mudah aje nak boikot dari makan McD Israel ni....

2001-04-Brand Ambassador (BrandXperience Co.)
Promoter sebenarnya, nama je rebranding kasi sedap, supaya pekerjaan nampk mulia dan gah skit. But, diz one kene pakai costume ikut theme..

Chinese new year Promotion.
Wajib pegang bunga manggar tu




During Hari raya promotion.



2001-04-Tukang masak2
Barangan knorr, Spagetti, Campbell, Prego, Memasak nasi goreng..Boleh mengasah kemantapan skill memasak..hakikatnya dulu2 bila goreng ikan pon hangit...

Demo Spaghetti & Mushroom Sup

Pose dekat booth
  2005-Usherer Haji (Ala2 pramugari haji -Saudi Arabia Airlines & Tabung Haji)
Membawa dan menyambut dgn sopan para jemaah haji dan menjemput mereka ke dlm pesawat. Sgt mulia job ini, sehingga kesucian kerja ini terasa tempiasnya di wajahku..lihat mukaku ketika ini...sangat suci..
Bersama Kak Ngoh yang comel.
Ann, Pengurus operasi Tabung Haji, me & Kak Ngoh
Bersama my bestfren FarahDila.

2005-06-Trialing Specialist (Demo Power Co.)
Rahsia kekurusan aku dulu adalah sebab pernah melakukan kerja kejar mengejar ni, kejar customer utk jawab soklan. This kind of job is attempt to ask and some sort of forcing people to answer ur question..aku tau ramai org xsuka jwb questionaire bagai..tapi takpa, aku sudah belajar dan di train method & skill memaksa customer menjawab soklan2..hihi



NOW 2007-2013-The world class JOB...LIBRARIAN.
I'm nothing if not traditional......menjadi seorang pustakawan adalah perkara terbaik yang pernah aku lakukan. This job keping me sane u know..


"The Ideas to be LIBRARIAN is all about sharing, coz i wanna share my knowledge, thought, perception, criticism, experiences and share my heart solely to people & to the world. ewahh"

Why?
          Jawapan yg sama aku beri pada hari ditemuduga utk jawatan PUSTAKAWAN USM. 



But, this guy i wanna him be an athelete.........



AWESOME athlete of the year.






Design Cabinet Dapur

Assalamualaikum WBT.

KITCHEN CABINET adalah segmen yang paling penting untuk mommas2 semua kan, sebab kasih sayang anak2 dan hubby bermula dgn masakan di dapur...Jadi momma sudah get ready dapatkan quotation untuk dapur impian momma...bajet ciput, jadi design biase2 udeh la...asalkan selesa utk memasak telur goreng utk anak2 dan hubby.

Jom kita tengok mana yang berkenan kat hati:

Yang ni cantik tapi quotation ni paling mahal sbb ade point utk letak built in oven

Dari sudut tepi

Yang ni ada kaunter, boleh muat 2 orang duduk.
Yang ni simple dan quotation pon yang paling murah around 7k (rege belom runding)

Yang ni cantik, mungkin akan jadi pilihan hati momma

Pandangan dari sisi tepi pon cantik

Tuesday, July 2, 2013

TIPS PINDAH KE RUMAH BARU...

Assalamualaikum WBT.

Jom kita tengok beberapa tip penting sebelum masuk ke rumah baru.

PERALATAN yang diperlukan untuk memeriksa defek kat rumah

1. Masking tape - Kalau ada defek lekatkan terus tandakan dengan masking tape.
2. Marker Pen - merah pun ok. senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape. 

3. Kertas A4 - tulis kan senarai defek tu dengan nombor dan lokasi sekali.

AIR

 1. Pastikan semua meter air ada... semua kepala paip, shower tu dan benda² yang sewaktu dengannya ada...
2. Tutup semua kepala paip... pastikan sambungan betul takder yang tercabut/longgar.

 3. Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh, kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu...
4. Bila air dah penuh dalam tangki.... bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak... paip bocor sebelum sampai ke tangki..
5. Check air kat semua bilik air... test satu persatu....
6. Drain pipe untuk aircond... kena test masukkan air, takut tersumbat atau kena tipu
7. Mangkuk tandas kena test juga... kalau air tak lancar, mesti depa dah buang lebihan simen kat dalam tu...


ELEKTRIK

1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu, guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh, so kita bleh tau mana satu yang problem.
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak boleh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..


TILES

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...


PINTU & KUNCI

1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya, guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door, pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang, letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..


GRILL / BESI JERIJI

1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..


BUMBUNG / ATAP

1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada defek
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. Pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan... 


TANGKI AIR

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...


ADAB & DOA

1. Boleh baca doa yang biasa tu...



"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa" Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..
4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..
5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..
8. Buat kenduri kesyukuran



Soon...

Alahai anak Momma

HUSNU ZON Anak kecil.

Syauqi: Momma kenapa orang yang kat tepi2 jalan tu duduk situ, depa buat apa?
Momma: Depa melepak2 ja, buang masa je.
Syauqi: Takla momma orang2 tu tunggu bas la..
Momma: Errkk, aah depa tunggu bas.

Anak2 adalah khalifah kecil, hati2 mereka sangat suci, tulus dan halus. Mereka menyerap kebaikan dan aura positif di sekeliling. Kita orang dewasa yang selalu berfikiran negatif.
Husnu Zon (sangka baik) jom kita amalkan walaupon sukar kadangkala.. 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Syauqi & the 1st  medal
Syauqi dan adik Syahmi
Baby Syauqi
Comel tak saye?
Say cheese
Cakk!!
Nama Syahmi Syarafi, boleh panggil Jimmy Neutron juga..



Bersama Momma Husriati

Kasi botak anak Momma
Bersama Momma Radia Banu


Sapa boleh lawan muncung saya
Penat tunggu mama

Rambut JQ