Syauqi: Momma kenapa orang yang kat tepi2 jalan tu duduk situ, depa buat apa?
Momma: Depa melepak2 ja, buang masa je.
Syauqi: Takla momma orang2 tu tunggu bas la..
Momma: Errkk, aah depa tunggu bas.
Anak2 adalah khalifah kecil, hati2 mereka sangat suci, tulus dan halus. Mereka menyerap kebaikan dan aura positif di sekeliling. Kita orang dewasa yang selalu berfikiran negatif.
Husnu Zon (sangka baik) jom kita amalkan walaupon sukar kadangkala..
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
![]() |
| Syauqi & the 1st medal |
![]() |
| Syauqi dan adik Syahmi |
![]() |
| Baby Syauqi |
![]() |
| Comel tak saye? |
![]() |
| Say cheese |
![]() |
| Cakk!! |
![]() |
| Nama Syahmi Syarafi, boleh panggil Jimmy Neutron juga.. |
![]() |
![]() |
| Bersama Momma Husriati |
![]() |
| Kasi botak anak Momma |
![]() |
| Bersama Momma Radia Banu |
![]() |
| Sapa boleh lawan muncung saya |
![]() |
| Penat tunggu mama |
![]() |
| Rambut JQ |






























No comments:
Post a Comment